ABOUT
ME
Assalamualaikum
dan salam perkenalan…
Selamat
datang ke blog Madam Z. Sedikt perihal mengenai Madam Z..
Nama
sebenar Madam Z ialah Aznahlizawati
binti Semail. Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air. Kini merantau
mencari rezeki di Negeri Jelapang Padi sebagai seorang pensyarah fizik di Kolej
Matrikulasi Kedah.
Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja dan melanjutkan
pelajaran peringkat menengah di SMK (A) Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.
Meneruskan
pengajian di peringkat diploma di UiTM Pahang. Seterusnya, ijazah sarjana muda di Universiti Pendidikan
Sultan Idris dan terkini sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana.
Kenapa
tulis blog???
Tujuan
Madam Z adalah untuk berkongsi sebarang informasi, pengetahuan, nasihat dan
sebagainya yang berkaitan dengan fizik. Selain daripada itu, Madam Z berharap
agar dapat menarik minat pelajar terhadap fizik dan secara tidak langsung
menepis persepsi negatif mengenainya.
Fizik
bukan sekadar formula……
Fizik
adalah mengenai kehidupan. Tak kenal, maka tak cinta. Diharap paparan dalam
blog ini akan membuatkan para pembaca jatuh CINTA dengan FIZIK. Selain itu para
pembaca juga boleh memberi maklum balas pada Madam Z untuk penambahbaikan.
Madam
Z bukanlah seorang yang sangat hebat dalam fizik. Tetapi dengan adanya blog ini
boleh menjadi medium untuk berkongsi ilmu yang berkaitan. Ilmu Allah itu sangat
luas.
Sekian……





